Mari Ceria Bersama Ara Tembam!!...

Sunday, April 28, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia ! - Love Izzue Islam

Jom tengok !

Sinopsis -
        Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka? - Novel




         

First Giveaway by Iyraa Cariyno


Ho laaa blogers! tadi Ara BW belog ke belog and jumpa la GA ni ... Saper - saper nak join jum la, hadiah die pun menarik taw.. (pantang tengok hadiah haha)
Tapi banyak ler syarat-nyer.. jika anda seorang yang tabah (macam Ara perasan) jom la kasi meriah!
Nak tahu syarat - syarat die klik banner taw .. xpun klik SINI !

Gud LUCK

E.N.D 5 Jun 2013


Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday #1

Holaaa! Ara dah berjaya dapat br1m.. heh heh heh ... Hari jumaat ni ambik ... Alhamdulillah dapat jugak bantuan dari xdapat lngsung (iklan)

Sunday, April 21, 2013

Si Tembam is back!

Halu - halu Dear blogie ku yang baek hati, cantik , kiut miut & Kacak gilerr..
(udah - udah la tu mngampu) :p , Sori yea Dear .. Lame Ara tak update sebab ke busy-an membuat tender yang bertalu2 punyer banyak ... (bulan lepas punye cerite..ngeh2..)

To bloger's2 yang setia dengan blog Ara yang tak seberapa ni, Ara ucapkan tengkiu tengkiu tengkiu bebanyak! yerk... HOHO..( ^,^ )

Sebenarnya banyak lagi yang Ara nak Update tapi tak SEEMPAT, takper ... akan dihambur kan semua yang tertunggak tu kat sini... Korang Sudi2 la yer bace (walaupun tak nak) 

Orait! penat membebel pepanjang .. Hari ni Ara nak citer pasal semalam (semalam punyer citer haha),
Sebab kan hari ahad Ara cuti so Mama Ara menggunakan kesempatan pada diri ini yang lemah :) untuk teman die g jenjalan .. adohhh .. kalau satu tempat tak per ni semua tempat nak pergi, kalau bole 10 tempat nak singgah ... jauh2 pulak tu, yang membonceng nya Ara (naik motor).. LOTEHH..
Memula singgah pegi Makan Cendol Pulut kat tepi jalan Ampang campuran, mase tu rase rimas jugak sebab ramai orang, tapi lepas rase Cendol die memang UMPHH ... sedappppp giler, terus lupa akan keramaian orang dan terik nya dinihari cewaahhh!.

Second place pulak kat kedai dua hengget.. Ara tak masuk Mama je lah.. tunggu je kat lua sampai lebam, kua - kua kate barang nak cari tu tak der ... EErrr okay .. =,=

Next, pergi The Stor a.k.a Fajar (Fajar dah lame bankrap), Cari Multivitamin sebab Ara nak mula berdiet Atkins .. Ape tu diet Atkins? Nanti next post Ara cerite wokeh... Harga Multivitamins tu lebih kurang 80hengget ke atas ... bagi Ara ia tersangat lah Mahal! tak pernah lagi makan ape habuk vitamin pun sebelom ni, so Ara tak tahu sangat la... last2 beli Vitamins harga 17hengget (kedekut). Then, Mama boleh pulak nak masuk lagi kedai 2hengget yang tak seberapa nak 2hengget la barang die ... Haihh knape la kedai 2Hengget ni banyak sangat! Ara pun tunggu lah kat tangga The Stor dengan memegang mangkuk usang kalau-kalau ade yang ingin menderma untuk anak yang tercicir .. heheh

Next lagi, tempat destnasi Seterus nye ... fuhh ... NAK BALIK! ehm - hm Spektrum
Kat sini Mama Ara, beli barang dapur, apelagi amek kesempatan la paw Mama beli makanan Ara untuk start berdiet ni (oh yeah! balas dendam) sebagai upah la..

Lepastukan. lepastukan lepastukaaaaaaannn .. boleh pulak kedai 2Hengget kat sini pun Mama Ara Serbu jugak ... oh god , am i did wrong?? , nak tak nak terpakselah ikot. Ara sempat lagi menghilang kan dahaga dengan Oreo peppermint EachCup walllah!
kat situ ada kedai jual souvenirs chomel-chomel taw, kalau korang nak bagi hadiah kat kengkawan, mak, apak, abang, tok, nenek (kalau dowang suke la) boleh la beli kat sini ..

KEYCHAIN!

HOMEMADE CARD'S YANG CHOMEL!

BEG - BEG!

And banyak lagi taw....

Finally balek rumah, Mama Ara buat kan Mandian bunge tok Ara , haip2 tak semestinya tok cepat cari jodoh, tapi tok segarkan diri, dan dimurah kan rezeki dengan izin Allah. Doa yang baik-baik taw! (ade ke doa yang buruk?)






>,<PEACE GUYS!>,<